Agent Hartanah Kuantan

shazriman & shahrina agent hartanah kuantan

Mencari Agent Hartanah Yang Boleh Dipercayai Di Kuantan?

Assalamualaikum, Kami adalah Agent Hartanah Kuantan yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH)

Kami aktif dalam industri hartanah dari tahun 2019 dengan fokus pada jual beli dan sewaan hartanah kediaman dan komersial di Kuantan. Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan pasaran tempatan, kami komited untuk memberikan khidmat profesional dan dipercayai. Kami yakin menjadi pilihan utama anda di Kuantan.

Pencapaian Terbaik Kami

Bagaimana Kami Akan Bantu Anda?

Cadang Harga Jualan Terbaik

Kami akan lakukan kajian terperinci terhadap harga semasa hartanah anda (rumah, tanah, lot komersil), termasuk nilai pasaran dan permintaan terkini di Kuantan.

Jelaskan Proses Jual Beli Dari A-Z

Kami akan jelaskan keseluruhan proses transaksi hartanah dengan mudah difahami dari mula hingga selesai.

Fotografi Hartanah Profesional

Kami akan ambil gambar hartanah anda menggunakan teknik fotografi yang mampu menarik perhatian pembeli.

Strategi Pemasaran Berkesan (Online & Offline)

Iklan hartanah anda akan dipromosikan secara menyeluruh di pelbagai platform – portal hartanah, media sosial, dan rangkaian agen.

Cari Pembeli Yang Layak & Serius

Kami bantu tapis pembeli yang benar-benar layak, mempunyai kelulusan pinjaman dan sedia dengan deposit.

Uruskan Pinjaman Bank Pembeli

Kami bantu uruskan permohonan pinjaman pembeli sehingga mendapat kelulusan.

Lantik Peguam Hartanah Yang Berpengalaman

Kami akan cadangkan peguam hartanah profesional yang biasa dengan urusan jual beli di Kuantan.

Follow-Up Sehingga Transaksi Selesai

Kami akan sentiasa kemas kini anda dengan perkembangan semasa proses jual beli hingga urusan selesai sepenuhnya

FAQ

1. Apakah peranan Agent Hartanah di Kuantan?

Agent Hartanah Kuantan membantu pemilik dan pembeli mengurus proses transaksi hartanah, termasuk pemasaran rumah, mencari pembeli yang sesuai, mengatur lawatan hartanah dan membantu proses rundingan.

2. Bolehkah Agent Hartanah Kuantan membantu menjual rumah yang masih mempunyai pinjaman bank?

Ya. Agent Hartanah boleh membantu pemilik mendapatkan anggaran harga pasaran, mencari pembeli dan menyelaras proses jual beli dengan pihak bank serta peguam sehingga urusan penyelesaian pinjaman dapat dibuat.

3. Bagaimana Agent Hartanah Kuantan menentukan harga jualan rumah?

Harga boleh dinilai berdasarkan lokasi, jenis hartanah, keluasan tanah, keadaan rumah, kemudahan sekitar dan harga transaksi atau jualan hartanah yang setanding di kawasan tersebut.

4. Adakah Agent Hartanah Kuantan menguruskan rumah untuk dijual di kawasan luar bandar?

Ya. Bergantung kepada kawasan perkhidmatan, agent boleh membantu memasarkan rumah, tanah dan hartanah lain di sekitar Kuantan termasuk kawasan pinggir bandar dan kawasan perumahan yang berdekatan.

5. Apakah maklumat yang perlu diberikan jika ingin mendapatkan bantuan Agent Hartanah Kuantan?

Biasanya pemilik perlu memberikan maklumat seperti lokasi hartanah, jenis rumah, keluasan, status pegangan, harga yang dikehendaki dan maklumat asas berkaitan hartanah supaya semakan awal boleh dibuat.

Hubungi Kami